Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Kanak-kanak dan SEKS.. kasihanilah mereka



Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32). Hati saya terdetik untuk menulis kisah ini setelah membaca KOSMO sewaktu menikmati secawan Teh Tarik Panas dan Roti Canai di kedai Mamak ABC berhampiran dengan rumah kakak saya. Kisah yang bertajuk "Gelora Gadis Sunti" itu menarik perhatian saya.


Kisahnya mengenai gadis yang baru mencecah 11 tahun yang telah hamil anak luar nikah melalui hubungan terlarang diantara rakan-rakannya... Astaghfrirullahalazim, jika 11 tahun sudah hamil, hati saya bertanya lagi, sewaktu usia berapa kah dia menjalinkan hubungan seks??? Siapakah yang patut dipersalahkan didalam hal ini? bayangkan kanak-kanak yang berusia 11 tahun mengandung.. saya mengucap panjang, Nauzubillah minta Allah jauhkan ianya berlaku dikalangan keluarga saya dan umat islam yang lain, saya berharap itu adalah kisah terakhir yang saya dengar. Tapi dewasa ini jika kita lihat, kanak-kanak sudah tahu berbahasa lucah, membuat simbol-simbol lucah dan sebagainya, sebenarnya dari siapa mereka belajar??? itu adalah dari kita semua, yang terlalu ghairah ingin mengikuti orang-orang barat, kononnya up to date dan sebagainya.


Tiada siapa yang patut dipersaahkan setelah berlakunya perkara sebegini, tetapi kita sebagai manusia ini harus sedar siapa kita, apa tujuan kita diberi nafas di bumi Allah swt ini. Berbalik kepada kisah seks luar nikah, ianya berlaku dimana-mana sahaja, sedangkan di Masjid iaitu sebuah tempat suci dan rumah Allah swt, manusia sanggup melaukan perkara terkutuk itu.. apa yang layak kita panggil terhadap manusia sebegitu? bukan saya bercakap kosong, tapi ianya berlaku sendiri di depan mata dan di tepi telinga saya, kisahnya benar-benar terjadi sewaktu saya berada di tingkatan 2, masjid itu berhadapan dengan rumah saya. Pada pandangan saya kanak-kanak sebenarnya tidak tahu apa itu seks, apa yang mereka lakukan, tujuan mereka hanyalah untuk berseronok sahaja dan ketagihan itu terus menerus sehinggalah mereka mengandungkan bayi dan mereka dijangkiti penyakit-penyakit seperti HIV dan penyakit kelamin yang lain. Mengikut kisah yang saya baca kanak-kanak itu pada asalnya di perkosa dan lama kelamaan dia menjadi seronok dan terus menerus melakukan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya menerusi alam siber.


Pada pandangan saya pengenalan seks ini perlu diajar kepada mereka seawal usia 5 tahun, bukan tujuan untuk menggalakkan mereka mengadakan hubungan tetapi bagi mencegah mereka melakukannya, kita perlu mendidik mereka dan memberitahu mereka apa akibatnya yang akan terjadi sekiranya mengadakan hubungan terlarang itu dan apa pula kesannya pada iman dan akidah jika perkara jijik itu dilakukan. Jika kita perhatikan remaja yang terjerumus dengan dunia pelacuran, remaja dan kanak-kanak yang ketagihan seks pada awalnya merupakan mangsa rogol dikalangan keluarga sendiri serta saudara yang terdekat. Pendedahan awal ini bagi membantu umat islam kita pada masa akan datang dan bagi mengukuhkan perpaduan ummah, bukan tujuan untuk mengajar mereka mengadakan hubungan seks. Maka ibu bapa lah yang patut memberi peranan di dalam hal ini. Tetapi apa yang kita lihat adalah ibu bapa mengharapkan 100% pendidikan terletak pada tanggungjawab guru di sekolah sebenarnya ibu bapa yang patut menjadi pendidik yang terbaik.


Ibu bapa mungkin tidak menyedari kahadiran "cucu" mereka yang dikandung oleh anak yang masih mentah, oleh itu pembuangan bayi akan terus berleluasa. Kanak-kanak yang mengandung anak luar nikah ini akan berfikiran pendek, mereka masih mentah dan tidak mampu untuk berfikir, dia akan terus mengalami tekanan emosi dan psikologi. Jalan mudah yang patut mereka ambil bagi mengelakkan aib pada keluarga adalah dengan membuang sahaja bayi yang tidak berdosa itu maka tersebarlah berita tentang pembuangan bayi di media cetak dan media tv.


Firman Allah Taala yang bermaksud: “Katakan kepada kaum muslimin, Ya Muhammad! Pejamkanlah mata mereka (daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal dilihat) dan kawallah alat kelamin mereka itu (daripada melakukan perkara yang tidak halal dilakukan)”. (surah AN-Nur:30). Al-Hafiz Ibnu Qayim Aljauziah menyatakan dalam kitab Addaa Wa ddawaa’ m/s 163, bahawa ‘pandangan’ merupakan salah satu daripada punca-punca kemasukkan maksiat pada hamba Allah. Beliau menerangkan hal tersebut dengan katanya: “Adapun pandangan-pandangan itu ianya menarik kepada syahwat & utusannya (syahwat). Kawalan pandangan ialah asas bagi penjagaan alat kelamin (daripada melakukan perkara haram), maka sesiapa melepaskan pandangannya tanpa kawalan nescaya ia meletakkan dirinya ke tempat kebinasaan-kebinasaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, bermaksud: “Janganlah engkau ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya tidak mengapa bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak harus (haram) bagi engkau pandangan kali kedua.”


Jelaslah ayat-ayat diatas, sedangkan semenjak dari kecil lagi muda-mudi kita dikotori fikiran mereka itu dengan tunjuk ajar yang negatif di sisi agama oleh syaitan yang besar iaitu TV & seumpamanya melalui rancangan-rancangan & filem-filem yang dipertontonkan. Didikan buruk yang menyalahi dengan syara’ yang terdapat di dalamnya seperti budaya berasyik-asyik dalam percintaan, adengan-adengan pergaulan bebas yang terbabas daripada batasan-batasan agama Allah Taala. Tidak kurang juga yang membuka aurat dengan berpakaian yang ketat, singkat & menyingkap segala yang sepatutnya ditutup. Sehingga maruah harga diri seorang muslimat tidak kelihatan lagi melainkan dilihat seperti ciri-ciri perempuan orang kafir yang seperti binatang, bebas tanpa ikatan agama. Begitu juga dengan bahan-bahan cetak yang memainkan peranan penting dalam merosakkan mora.


Kanak-kanak tidak sesuai untuk mengadakan hubungan seks berikutan kulitnya masih lembut, rahimnya masih lemah untuk mengandungkan bayi, fikirannya masih mentah untuk menilai mana satu yang baik dan buruk, jadi terpulanglah pada kita bagaimana untuk mendidik anak-anak. Bak kata pepatah "Tepuk dada, tanyalah selera.


~HANYA SEBUAH PENULISAN YANG TIDAK SEBERAPA.. ROSEMERAHDANCOKLAT