Hati saya terdetik untuk menulis kisah ini setelah membaca KOSMO sewaktu menikmati secawan Teh Tarik Panas dan Roti Canai di kedai Mamak ABC berhampiran dengan rumah kakak saya. Kisah yang bertajuk "Gelora Gadis Sunti" itu menarik perhatian saya.
Kisahnya mengenai gadis yang baru mencecah 11 tahun yang telah hamil anak luar nikah melalui hubungan terlarang diantara rakan-rakannya... Astaghfrirullahalazim, jika 11 tahun sudah hamil, hati saya bertanya lagi, sewaktu usia berapa kah dia menjalinkan hubungan seks??? Siapakah yang patut dipersalahkan didalam hal ini? bayangkan kanak-kanak yang berusia 11 tahun mengandung.. saya mengucap panjang, Nauzubillah minta Allah jauhkan ianya berlaku dikalangan keluarga saya dan umat islam yang lain, saya berharap itu adalah kisah terakhir yang saya dengar. Tapi dewasa ini jika kita lihat, kanak-kanak sudah tahu berbahasa lucah, membuat simbol-simbol lucah dan sebagainya, sebenarnya dari siapa mereka belajar??? itu adalah dari kita semua, yang terlalu ghairah ingin mengikuti orang-orang barat, kononnya up to date dan sebagainya.
Tiada siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya, tetapi kita sebagai manusia ini harus sedar siapa kita, apa tujuan kita diberi nafas di bumi Allah swt ini. Berbalik kepada kisah seks luar nikah, ianya berlaku dimana-mana sahaja, sedangkan di Masjid iaitu sebuah tempat suci dan rumah Allah swt, manusia sanggup melaukan perkara terkutuk itu.. apa yang layak kita panggil terhadap manusia sebegitu? bukan saya bercakap kosong, tapi ianya berlaku sendiri di depan mata dan di tepi telinga saya, kisahnya benar-benar terjadi sewaktu saya berada di tingkatan 2, masjid itu berhadapan dengan rumah saya. Pada pandangan saya kanak-kanak sebenarnya tidak tahu apa itu seks, apa yang mereka lakukan, tujuan mereka hanyalah untuk berseronok sahaja dan ketagihan itu terus menerus sehinggalah mereka mengandungkan bayi dan mereka dijangkiti penyakit-penyakit seperti HIV dan penyakit kelamin yang lain. Mengikut kisah yang saya baca kanak-kanak itu pada asalnya di perkosa dan lama kelamaan dia menjadi seronok dan terus menerus melakukan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya menerusi alam siber.
Pada pandangan saya pengenalan seks ini perlu diajar kepada mereka seawal usia 5 tahun, bukan tujuan untuk menggalakkan mereka mengadakan hubungan tetapi bagi mencegah mereka melakukannya, kita perlu mendidik mereka dan memberitahu mereka apa akibatnya yang akan terjadi sekiranya mengadakan hubungan terlarang itu. Jika kita perhatikan remaja yang terjerumus dengan dunia pelacuran, remaja dan kanak-kanak yang ketagihan seks pada awalnya merupakan mangsa rogol dikalangan keluarga sendiri serta saudara yang terdekat. Pendedahan awal ini bagi membantu umat islam kita pada masa akan datang.