surah al kaafiruun.. yang beerti orang orang kafir adalah surah yang ke 109 didalam al quran,mengandungi 6 ayat,ia dinamakan al kaafiruun kerana allah swt menegaskan kepada kaum kafir musyrik tentang amal ibadat secara islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik.
banyak sangat fadhilat dan faedahnya antaranya:
sabda nabi saw yang bermaksud;
sesiapa yang membaca surah al kaafiruun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran,disamping terlepas dari syirik,terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan (hr ar tirmizi)
rasulullah saw pernah bersabda
semoga allah merahmati seseorang yang bangun pada malam hari lalu menunaikan solat,dia bangun kan isterinya dan jika enggan maka dia percikkan air diwajahnya,dan semoga allah merahmati seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menunaikan solat,dia bangunkan suaminya dan apabila dia enggan maka ia percikkan air diwajahnya (hr abu daud,an nasai dan ibnu majah)