Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Penjara Pudu Telah Di Robohkan..








Saya Rosmalina binti Muhammad,anak jati Kelantan dan pertama kali saya datang ke Kuala Lumpur, Penjara Pudu adalah tempat pertama yang saya lihat, kerana keunikan temboknya, ianya amat menarik buat saya. Penjara Pudu mempunyai lukisan yang terpanjang di dunia, jika tidak silap saya kan? Iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter yg telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. Memanglah nama pun penjara, tempat orang-orang bersalah dipenjarakan, dikurung, menjalani hukuman. Mengikut kiasah sejarah yang saya tahu, semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.

Sebahagian daripada Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal yang terletak di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur mula dirobohkan 22 Jun lepas.


Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan oleh Jepun ketika perang dunia kedua.

Jentera berat termasuk jengkaut, traktor dan sebagainya digunakan bagi merobohkan sebahagian daripada 394 meter tembok yang mengelilingi penjara itu bagi projek kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu.

Projek berkenaan yang bermula 22 Jun akan berlangsung sehingga 24 Jun iaitu semalam.

Pembinaan penjara Pudu yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895 manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.

22 Jun, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.

Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British. Wajar atau tidak warisan sejarah ini dirobohkan, tanpa boleh berkata apa-apa ia telahpun di robohkan dan penjara Pudu sudah lenyap dari pandangan kita.