Tajuk: Engkaulah Khadijah
Penulis: Rosmalina binti Muhammad (rosemerahdancoklat)
Engkaulah Khadijah
Khadijah binti Khuwailid bin As’ad bin Abd Al Uzza,
Dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah
Wanita yang berjaya dalam perniagaan,
Seorang saudagar wanita terhormat dan kaya raya,
Ia senantiasa menjaga kehormatan dan kesucian dirinya,
Ia adalah wanita yang pertama kali memeluk Islam,
Ia beriman kepada Nabi disaat semua orang kafir padanya.
Ia adalah wanita pertama yang dijamin masuk syurga,
Bahkan ia mendapat kabar gembira dari Allah,
Bahawa Allah telah membangunkan baginya rumah di syurga.
Manusia pertama yang mendapat salam dari Allah,
Yang disampaikan dari langit ke tujuh.
Ia layak menerimanya karana selalu setia mendampingi Nabi,
Wanita pertama yang layak dikategorikan shiddiq di antara wanita mukmin lainnya.
Mengorbankan seluruh hartanya untuk kepentingan Nabi
Wanita yang memberikan keturunan bagi Nabi
Wanita yang matang dan cerdas, pandai menjaga kesucian,
Ia adalah orang yang terhormat,
Taat beragama dan sangat dermawan.
Seluruh hidupnya di berikan untuk mendukung dan membela dakwah Nabi.
Orang yang pertama solat bersama Nabi SAW,
Itulah wanita yang bernama Khadijah