Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Golongan Yang Dikasihi Allah swt...

Assalamualaikum,


Allah s.w.t telah menciptakan kita semua bertujuan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Allah s.w.t telah mengutuskan para rasul-Nya untuk memberikan petunjuk dan pengajaran cara untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t melalui kitab-kitab samawi yang diturunkan kepada mereka. Manusia yang mempunyai akal dan menggunakan sebaik-baiknya akal mereka akan mengikuti perintah rasul mereka iaitu mengerjakan suruhan Allah s.w.t manakala yang tidak menggunakan akal akan menderhaka kepada Allah s.w.t.


Manusia yang taat kepada perintah-Nya akan dikasihi oleh Allah s.w.t dan di antara tanda-tanda orang yang dicintai Allah s.w.t ialah “


1.Orang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t : Sebagaimana maksud sebuah hadis : “Tiga perkara yang menyebabkan seseorang itu mendapat kemanisan iman, iaitu kasih kepada Allah dan Rasul melebihi dari kasihnya kepada orang lain, dan mengasihani sahabatnya semata-mata kerana Allah, dan membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia membenci dirinya dicampakkan ke dalam neraka.” – Bukhari & Muslim
2.Mereka yang memperbanyakkan amalan sunat setelah sempurnakan amalan fardu seperti solat sunat dan membaca Al-Quran.
3.Golongan yang banyak berzikir
4.Mereka yang beristiqomah di dalam mengerjakan ibadat : seperti maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w : “Katakanlah saya beriman kepada Allah kemudian beristiqomahlah” – Muslim
5.Orang-orang yang sabar di dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup. Sebagaimana maksud firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman), sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Al-Baqarah 155
6.Orang-orang yang melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar. Maksud firman Allah s.w.t : “Kami (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” – Ali Imran 110
7.Orang-orang yang memperbanyakkan sedekah dan kebajikan, sebagaimana maksud sepotong hadis : “Apakah amalan yang terbaik di dalam Islam? Baginda menjawab : ” Berilah makan, sebarkanlah salam kepada orang yang kamu kenali dan kepada orang yang tidak kamu kenali.“
8.Orang yang belajar atau mendalami ilmu, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, akan diberikan kefahaman di dalam agama.” – Muslim
9.Orang yang mengharapkan keredaan Allah s.w.t seperti firman-Nya yang bermaksud : “Sesiapa yang percaya dan berharap kepada pertemua dengan tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan jangannlah dia mempersekutukan di dalam beribadat kepada tuhan dengan sesiapa pun.” – Al-Kahfi 110