Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Luahan Hati Semata-Mata....

Dah Lama rasanya tidak memasukkan bahan bacaan di ruangan blog ini, sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan tugas-tugas dan banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan. Agak penat juga tapi itu sudah kehendaknya jadi saya terima dengan redha.


Saya rasa ingin mnulis cerita mengenai kehidupan saya sendiri, tiba-tiba hati saya terdetik untuk menulis kisah kehidupan saya bersama "cinta pertama" saya itu. kisah ini mungkin tidak menarik tetapi setelah mendengar lagu nyanyian In Team yang bertajuk "Inspirasi Hati", lagu ini berkait rapat dengan kehidupan saya dulu.


Kisahnya bermula dari seorang lelaki yang bernama Ahmad Fahmie, lelaki yang berasal dari Melaka, Sewaktu mengenalinya dia merupakan pelajar tahun 2 UMP dan ketika itu kereta yang dipandu saya brsama rakan rosak di jalan yang berhampiran dengan Universiti dimana tempat dia belajar, sahabat saya cuba menghubungi rakannya yang lain tetapi semua masih belum sampai ke hostel, maka dia menghubungi Ahmad Fahmie dan Ahmad Fahmie bersetuju untuk membantu kami, maka disitu lah kisah kami bermula.


Perkenalan dengan Fahmie begitu indah, bagi saya dia merupakan seorang lelaki yang amat baik hati, bertanggungjawab, menghormati orang tua, berbudi bahasa dan lengkap dengan "Pakej Lelaki Soleh". Dia banyak menasihati saya di dalam agama, banyak mengajar saya dan sekiranya ada apa-apa yang saya ragui di dalam bab agama saya cuba merujuk dengan nya. Sehinggalah hati saya ini tertaut padanya, sungguh saya katakan saya sanggup menjadi isterinya. Pada suatu hari sewaktu kami berborak di talian saya bertanya dengannya satu soalan, pernahkah dia jatuh cinta pada seorang wanita dan dia berkata kepada saya sehinngga hari ini saya masih ingat lagi kata-katanya... "saya pernah jatuh cinta sekali dalam seumur hidup, dan sekarang saya dilamun cinta" saya sedikit kecewa mendengar pengakuannya itu, tapi saya gembira kerana dia bahagia mencintai gadis itu bagi saya cukuplah orang yang saya sayang itu bahagia, saya bertanya lagi kepadanya kenapa tidak diluahkan sahaja perasaan itu dan dia menjawab lagi.. "Owh, tiada istilah couple di dalam hidup saya niena, saya akan pastikan betul-betul perasaan ini dan cukup masanya saya akan terus melamar dia, kalau saya cakap tentang perasaan saya pun jika apa-apa yang akan berlaku pada saya esok hari..".


Hubungan kami semakin rapat namun sekadar sahabat sahaja, semakin hari saya semakin sukakan dia tapi saya pendamkan perasaan itu. Mana mungkin perigi cari timba lagi pun saya tidak fikir dia sukakan saya, bekas seorang Al- Hafiz... mungkin tidak sepadan dengan saya. keluarganya juga selalu menghunbungi saya, kami sentiasa berhubung.


Entah kenapa pada petang itu saya menonton sebuah filem yang bertajuk "Syurga Cinta" dan pada masa yang sama saya menerima satu mesej dari Fahmie, ayatnya sama seperti di dalam cerita itu "Jodoh ada 3 jenis, 1. Jodoh di tangan Syaitan-berkenalan dan terus melakukan maksiat kemudian berkahwin, 2. Jodoh di tangan Jin- kita menyukai seseorang kemudian kita berjumpa bomoh agar orang itu menjadi milik kita kemudian berkahwin, 3. Jodoh di jalan Allah swt- bertentang mata, istiqarah kemudia risik, pinang meminang dan bernikah...". Saya menganggap itu sekadar kebetulan sahaja.


Pada malam itu fahmie tiba-tiba menghubungi saya dengan suara tangisannya, itu lah pertama kali saya mendengar lelaki itu menangis. Saya terkejut bila dia berkata antara saya dan dia perlu diputuskan persahabatan ayat yang sehingga kini masih terngiang di telinga saya. "Niena, cukup setakat ni kita berkawan anggap ini takdir ilahi, lepasni awak jaga diri betul-betul ye, saya sayang awak, sebenarnya saya dah lama suka awak,sejak pertama kali kita jumpa lagi saya menyimpan perasaan ni,
tapi kita takkan bersama selamanya, jika ada lelaki yang baik nak kahwin dengan awak tolong terima dia ye, biar dia jaga awak betul-betul" ketika itu lidah saya kelu tak mampu berkata apa-apa, dalam hati saya ada lagu keriangan akhirnya saya gadis yang berada di dalam hatinya selama ini, terjawablah persoalan saya bahawa selama ini saya tidak bertepuk sebelah tangan, tapi dalam masa yang sama saya rasa seolah-olah tidak sedap hati. Tapi kenapa dia berkata begitu? Kami tidak boleh berkawan lagi?? Saya buat tidak tahu sahaja dengan kata-katanya itu, berkali-kali dia tanya saya apa perasaan saya padanya saya cuma menjawab saya bencikan dia dan langsung tidak ada perasaan sayang atau cinta. Saya buat-buat merajuk, berkali-kali dia menghubungi saya tetapi saya tidak menjawab panggilan nya itu sehinggalah saya menerima mesej terakhir darinya.. "Niena please answer me, for the last time saya mahu dengar suara awak" Saya tidak membalas satu pun mesej darinya, biarlah dia gigih berusaha untuk mendapatkan saya....


Pada jam 11 pagi 13 Julai, sewaktu berkawad tiba-tiba hati saya rasa sedih, saya ingin menangis tapi tidak tahu apa sebabnya.... belum sempat memulangkan senjata saya pulang ke bilik (asrama) untuk mendapatkan handphone, berpuluh miss call saya terima dari keluarga Fahmie.... dan saya terbaca satu kiriman mesej dari kakak Fahmie dan mesej itu membuat kan saya jatuh rebah ke bumi "Salam niena, kakak dah banyak kali call tapi tak ada orang jawab, Fahmie dah takde lagi dik, doktor kata sejak jam 6.30 pagi tadi.. doakan dia". Apa lagi yang mampu saya kata selepas membaca mesej itu.. satu penyesalan yang tidak terhingga.... Saya ingat balik soalan yang pernah saya tanya diawal perkenalan kami tentang gadis idaman dia, jawapan dia waktu itu dan luahan perasaannya pada jam 8.30 mlm 12 Julai, astaghfirullahalazim.... gelap nya dunia saya waktu itu. Saya menangis dan terus menangis, pada masa yang sama saya membacakan surah Yasin untuk arwah, sehingga kini saya masih belum mampu melupakan dia... dalam diri saya ni penuh rasa bersalah...

Kalaulah saya tahu.... saya juga akan katakan bahawa saya sayangkan dia juga, saya tidak akan merajuk seperti itu.... kononnya pada waktu itu saya ingin menahan ego saya kerana saya tidak mudah untuk jatuh cinta, jika saya sukakan seseorang itu pun saya hanya pendam sendirian saja. Betul-betul saya rasa menyesal... sungguh.....!!! Kadang-kadang saya terasa kehadirannya...  dan selalu mimpikan arwah dia hanya tersenyum dari jauh melihat saya, mungkin disana dia bahagia, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dia disana. Dia lelaki terbaik yang pernah saya jumpa, wajahnya itu benar-benar menenangkan hati saya.

Mungkin dia dapat rasa ajal dia sudah tiba. Sepatutnya hari yang dia meninggal itu dia perlu menghadiri kuliah... tetapi pada masa itu dia berada di Melaka bersama keluarganya buat kali terakhir. Dia meninggal di dalam solat dan dengan cara yang senang, indahnya pemergian orang yang beriman.... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham ahmad Fahmie... Al-Fatihah...


Kasih kaulah inspirasiku


Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu


Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku


Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar


Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho...




Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya


Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku?