Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)
hampir 80% menginginkan pasangan hidup yang “beriman”. Namun, bagaimana kita menilai keimanan seseorang itu? Adakah kerana pakaiannya atau kerana solatnya atau kerana kepandaiannya dalam hal-hal hukum hakam agama ?

Yang jelas sekali di dalam Surah Al-Hujurat ayat 14, Allah telah berfirman kepada segolongan Arab Badwi yang mengaku diri mereka beriman, “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘.”

Ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara seorang yang beriman dan seorang yang beragama Islam. Ramai yang inginkan pasangan hidup yang beriman, tetapi akhirnya hanya mengahwini mereka yang beragama Islam sahaja. Lalu bagaimana anda menilai ciri-ciri pasangan hidup yang beriman ?