...Sekadar gambar hiasan...
>ANA JATUH CINTA PADA BUKU INI....<
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua,
apa khabar.. mari kita luangkan masa 5minit untuk membaca post ini. Hari ni ana nak tulis mengenai SEDEKAH.. apa yang kita tahu tentang sedekah? cuba kira dalam sehari berapa kali kita sedekah? dalam sebulan? atau setahun??? atau sekali dalam seumur hidup???? nilai sendiri di mana diri kita.
Sedekah dan Zakat merupakan sesuatu yang berlainan, kepada siapa kita boleh bersedekah dan kepada siapa kita mengeluarkan zakat? Pada post kali ini ana nak cakap pasal SEDEKAH, hati ana tertarik tatkala melihat seorang gadis yang usia lingkungannya lebih kurang 25 tahun membayar makanan yang dimakan oleh sepasang warga emas, warga emas tu pula yang ana tahu mempunyai ramai anak, mempunyai rumah untuk diberikan sewa. Ana juga kenal gadis itu, penampilan dia dimana-mana pun biasa sahaja, dia bukan dari golongan kaya dan bukannya dari golongan orang yang senang, tapi dia membayar makanan yang dimakan oleh pak cik dan mak cik itu, buat apa nak sedekah sedangkan pakcik dan isterinya itu orang kaya kan???
Ini yang kita harus tahu, bersedekah bukan kepada orang miskin sahaja, kepada sesiapa pun kita boleh bersedekah.. senang bukan nak dapatkan pahala ni? keluarkan rm2.50 dengan niat ikhlas insyaAllah kita akan dikurniakan pahala itu, itu janji Allah SWT dan Allah tidak pernah mungkiri janjiNya. Mari ana nak ceritakan apa yang berlaku pada gadis itu... rupa-rupanya gadis itu memang suka bersedekah, dia memang suka bersedekah tambah-tambah lagi kat orang tua dan kanak-kanak... kenapa ye kat orang tua? sebab katanya setiap kali dia nampak orang tua sebaya ibunya, dia semakin merindui ibunya itu dan dia berharap orang lain akan melayan ibunya seperti dia melayan warga emas itu.. DIA SENTIASA MEMULIAKAN WARGA TUA... Ya Allah.. moga dia ni tergolong dikalangan wanita syurga.. AMINN..
Tiap kali bertanyakan pada dia, apa rasa selepas bersedekah? dia kata rasa senang dan semakin kaya.. wah, duit makin berkurangan pun rasa semakin kaya? ye... katanya kaya pahala dan duit yang tinggal dengannya sekarang barakah.. itulah hikmahnya bersedekah.
Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan ganti.
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2): 261}
Subhanallah .. besarnya hikmah sedekah kan? jadi apa yang kita tunggu lagi?
satu lagi hadis...
Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal: amal jariah,ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)
Itu lah buktinya.. sedekah dapat membantu kita tuan-tuan, anda semua kenal siapa itu sicantik Fatimah Az-Zahra? Puteri kesayangan Rasulullah SAW? dan cinta pertamanya Ali? Pasangan suami-isteri ini terkenal soleh dan dermawan. Mereka tidak pernah membiarkan pengemis melangkah pintunya tanpa memberikan apa saja yang mereka punyai, meskipun mereka sendiri masih lapar. Dia sedih apabila mengetahui ada insan yang tak dapat makan, walaupun sicantik itu tidak mempunyai makanan dia sanggup menjual barang miliknya semata-mata untuk memberi makan kepada fakir miskin. Sungguh indah peribadi wanita itu.
Tuan-tuan, indahnya bersedekah, ajaibnya kuasa bersedekah ni. Kita akan mendapat berkali-kali ganda syafaat dari bersedekah, biarpun sedikit... keluarkanlah, besar manfaatnya, saham kita kat akhirat tuu.. sedekah mendatangkan rahmat selain membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Sebagai contoh cerita saya tadi mengenai seorang gadis.. hidupnya sentiasa dilimpahi rezeki, orang-orang yang menerima sedekahnya mendoakannya, Allah SWT menyukai sifat dermawannya itu, orang disekeliling menyukainya, itulah hikmah sedekah.. berbuat baik pada orang ni tak rugi, jadikan ianya saham akhirat..
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA...
MA'ASSALAMAH... :)
p/s: hasil tangan sendiri, namun boleh dikongsi sesuka hati :)