Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakutuh semua…
Apa khabar iman kita hari ni? Moga kita semua sentiasa mendapat barakah dariNya.. ada baca surah ad-dukhan tak semalam? Rugi tau tak baca.. nak tahu apa yang kita dapat apabila baca surah itu? Ada di post ana yang sebelum ini.. nak tahu? sila click sini.
Terima kasih buat pengunjung kerana sudi singgah di blog murah ni. Hari ni ana rasa nak tulis pasal bab memaki hamun orang ni. Tak kira lah siapa-siapa pun, terkadang tu ana pun ada jugak tersasul, tapi cepat-cepat istighfar lah, sesungguhnya itu adalah amarah. Syaitan yang mengawal kemarahan kita. Kalau cakap orang tua kita susah nak ikut, tapi kalau syaitan? Senang je nak ikut ye…
Cuba kita kaji balik, kalau kita maki hamun orang apa yang kita dapat? Dosa kering je kan? Habis rosak amalan yang kita buat sebelum tu. Maki hamun ni tergolong dikalangan orang yang mempunyai sifat benci pada agama.. seseorang yang bukan penyabar, kenapa ana cakap macam tu? Sebab orang yang cintakan agama akan sentiasa berhati-hati dalam percakapannya, dia akan sentiasa menjaga diri dia dari segala perbuatan keji, dan jika sedar dirinya melakukan kesalahan dia akan cepat-cepat beristighfar dan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi..
Baru tadi ana kena maki hamun dengan seorang hamba Allah SWT… ana mengaku memang ana susah nak faham tapi apa salahnya terangkan dengan cara yang betul, Astaghfirullahalzaim.. tu je lah yang mampu ana cakap kat dia, orang tanya dengan elok, sila jawab dengan elok jangan sebut perkataan yang kesat. Tak perlu nak marah-marah, kalau macam tu sikap anda sebagai seorang peniaga memang tak kan kekal lama. Kalau nak marah pun biarlah kelihatan professional, kan nampak macam orang “terencat akal” kalau maki-maki macam tu, jangan rasa diri tu hebat dengan kesenangan dunia, kalau Allah SWT nak tarik nikmat tu sekejap je.. tengok la apa yang jadi kat Jepun tu. Tak mahu cakap siapa lah, bukan nak tuju kat orang tu.. tapi untuk semua termasuk ana sendiri sebab kita ni manusia biasa.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan :Ada seorang lelaki memarahi saidina Abu Bakar, ketika itu Rasulullah SWT duduk disebelahnya, baginda diam begitu juga dengan Abu Bakar…
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah SAW bangun dan beredar dari situ, Abu Bakar merasa hairan dan mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam, ketika saya menjawab maki hamun itu tiba-tiba engkau bagun lalu pergi..”
Rasulullah SAW lantas menjawab: “Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kapadanya ketika kamu diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikan pergi dan syaitan pula akan masuk, sesungguhnya saya tidak suka duduk bersama syaitan..”