Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Doa Keselamatan Diri

Doa ini merupakan salah satu ayat dari surah Yaasin, di ayat yang ke 9. Sila buka surah Yaasin anda...

Maksudnya:
"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat..."
Saya bukan nak menggalakkan kita sama-sama buat kesalahan, biasalah kita ni cuma manusia yang kerdil, sering melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak. Sebagai contoh, saya memandu motosikal tetapi tidak mempunyai lesen, sedangkan saya betul-beul perlukan ketika itu, kemudian ada sekatan polis, jadi saya baca lah ayat ini dengan penuh yakin pada Allah... mohon pertolongan padaNya agar kesalahan saya itu tidak dikesan. Ini bergantung pada kehendak Allah SWT pula, kalau dah tersurat kita di saman ketika itu, redha lah. Kita cuma ikhtiar, tidak salah bukan? Saya selalu amalkan ayat ini apabila menghadiri sesuatu mesyuarat, sekatan jalan raya, dan ketika berada dalam keadaan was-was (ketika berada di hadapan orang-orang atasan). Sebagai contoh yang kedua, kita berada di dalam keadaan yang bahaya contohnya, berhadapan dengan binatang buas, berhadapan dengan manusia buas, berhadapan dengan segala ancaman eloklah kita bacanya. Mudah-mudahan  kita sama-sama mendapat keberkatan dari ayat ini.. insyaAllah...