Pages

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah?”
(An-Nisa : 122)

Kisah Semut Dan Nabi Sulaiman

Hari ni kak Niena nak cerita satu kisah Nabi Sulaiman dan sekumpulan semut.. adik-adik nak dengar tak? Ha… suruh mak atau kakak bacakan yer. Pada suatu hari Nabi Sulaiman ingin membantu semut-semut. Nabi Sulaiman bertanya kepada semut, berapa banyakkah makanan yang diperlukan oleh semut-semut dalam satu bulan? Dengan tujuan hendak membantu semut-semut tersebut supaya tidak perlulah semut-semut itu keluar bekerja mencari makanan lagi, lalu semut pun bersetuju dengan pelawaan Nabi Allah Sulaiman. Semut itu menjawab mereka perlukan satu biji gula sahaja dalam satu bulan...kemudian, Nabi Sulaiman merasakan itu suatu tugas yang mudah kerana jumlah yang diperlukan terlalu sedikit. Nabi Sulaiman pun memberikan satu biji gula pada semut-semut tersebut dan sebulan kemudian akan datang semula untuk beri lagi sebiji gula untuk bekalan yang seterusnya..


Sebulan kemudian, Nabi Sulaiman datang kembali kepada semut-semut itu sepertimana perjaanjian untuk bekalan gula yang seterusnya... akan tetapi tetapi, Nabi Sulaiman sangat kehairanan, kerana sebiji gula yang diberikan sebulan lepas tidak dihabiskan, masih ada lagi separuh.. Nabi Sulaiman pun tanyalah kepada semut-semut itu, kenapa tak habis kan sebiji gula itu? agak-agaknya..sebab ape ya?? Sebenarnya semut-semut tadi, tidak meletakkan kepercayaan dan kebergantungan kepada manusia, semut-semut meletakkan kepercayaan dan sepenuh kebergantungan hanya kepada Allah SWT dalam hal memberi rezeki kepade mereka... Semut-semut menerangkan lagi bahawa, jika Nabi Sulaiman lupa untuk datang sebulan kemudian, ini menyebabkan mereka semua tidak akan ada makanan lagi dan mungkin akan mati kebuluran..hmm...

Haaa.. kat sini apa yang adik-adik dapat? Banyak pengajarannya… bagus semut-semut tu ye adik-adik sebab berfikiran macam tu. Pelajaran yang kita dapat kat sini ialah apa? Pandai berjimat cermat ye… pandai pun, jadi apa salahnya kalau duit belanja sekolah tu adik-adik simpat sedikit, mana tahu satu hari nanti mak dengan ayah lupa nak bagi …